Beberapa minggu yg lepas,kami telah menemuramah beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka tentang wang.Terdapat juga orang yang memandang pelik terhadap kami malah tidak kurang juga dengan yang cuba melarikan diri sebaik sahaja kami mendekati mereka.Walaubagaimanapun,berjaya juga kami akhirnya untuk mendekati beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka.Berikut merupakan temu ramah saya tentang pendapat mereka tentang wang :
- "Wang… wang adalah harta dunia yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Tetapi wang itu penting untuk hidup". -Muhd Syahrul Nizam
- "Wang adalah kertas dan logam yang sangat berharga. Dengan wang, kita boleh beli apa-apa sahaja tetapi kita tidak boleh membeli oksigen, kawan dan kebahagiaan". - Nor Fazlina
- "Wang.. wang atau didefinisikan sebagai duit merupakan alat pertukaran yang mempunyai nilainya yang tersendiri".- Shaiful Hazwan
- "Sesetengah orang beranggapan wang sangat penting,tetapi sesetengah beranggapan sebaliknya. Sebenarnya, semua itu begantung kepeda manusia itu sendiri. Kita sudah cukup matang untuk menilainya". -Anis Shahira
- "Wang amat penting dalam kehidupan.kata-kata seperti wang tidak boleh membeli kebahagiaan adalah tidak tepat kerana kebahagiaan adatang bila ada wang tetap bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya."Money makes world goes around" menunjukkan duit sangat penting demi mengekalkan kehidupan kita sekarang. Saya sukakan wang". -Qurratu Ain




2 comments:
pendapat yang agak menarik..byak pengetahuan yang aku boleh dpat
thx kami amat m'nghargai komen anda :D
Post a Comment