Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua tentang 10 nafsu semula jadi manusia membeli.Mari kita kaji apa sebenarnya 10 nafsu pembeli:
1. Keperluan
Ini merupakan faktor asas manusia beli sesuatu.Pakaian, makanan, rumah, kereta dan telefon bimbit adalah keperluan yang penting dalam hidup kita seharian.Apabila keperluan ini ditambah "perisa istimewa",ianya akan menambahkan minat pembeli untuk membeli.Sebab itu wujudnya kereta 1.0 dan 1.6 Special Edition. Letak special edition di belakang,pembeli akan berasa bangga apabila membeli kereta tersebut.Limited edition juga merupakan salah satu "perisa" yang membuatkan pembeli bernafsu untuk membeli dan dengan menggunakan nama tersebut harga yang dikenakan akan bertambah.
2. Menang
Ramai orang sentiasa mahukan kemenangan.Adakah anda gembira dipanggil anda seorang “loser”? Manusia pastinya mahu digelar pemenang dan berjaya dalam segala aspek.
Lihat Ebay, Trademe dan laman-laman lelongan lain.Laman ini menggunakan nafsu menang dengan sebaik-baiknya. Kadang-kadang barang yang ingin kita beli itu bukanlah merupakan satu kepentingan tetapi disebabkan ingin bersaing dan menang,kita tetap membida walaupun harganya sudah lari daripada bajet asal.
3. Tamak
Sifat negatif ini adalah semulajadi,ianya dimiliki oleh semua orang.Pengusaha sesuatu produk boleh menggunakan sifat tamak ini apabila menjual produk mereka. Pembeli kadang-kadang membeli lebih daripada yang diperlukan. Tamak wang, harta dan sebagainya dijadikan dorongan untuk membeli.
4. Memajukan Diri
Faktor memajukan diri dalam hidup dan kerjaya juga boleh menjadi pendorong untuk sesuatu pembelian. Orang yang ingin memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi, dan yang ingin melebihi orang lain akan membeli produk-produk yang boleh membantu mereka mencapai matlamat tersebut.
5. Keselesaan
Manusia sentiasa mahukan hidup yang selesa.Keselesaan diri, keluarga dan insan tersayang menjadi pendorong untuk membeli.
6.Kasih Sayang
6.Kasih Sayang
Insan yang tersayang menjadi faktor yang kuat untuk membeli. Tambahan pula,dengan sifat manusia yang takut kehilangan,ianya boleh membuatkan mereka membeli walaupun di luar kemampuan mereka.
7. Malas
Malas turut menjadi sebab orang membeli. Semua orang mahu kaya, selesa, pandai, cantik dan hebat, tetapi mereka tidak mahu bersusah payah untuk mencapai semua itu. Jika ada peluang atau produk yang boleh membantu mereka mendapatkan semua itu dengan mudah, maka mereka akan pantas membelinya.
8. Komitmen dalam hubungan
Ada orang membeli kerana ingin menjaga hubungan atau mewujudkan hubungan yang lebih baik. Manusia secara lumrahnya memerlukan hubungan yang intim, mesra dan juga berkekalan.Maka,mereka sanggup membeli bagi memastikan ianya berkekalan.
9. Keinginan Dan Ketagihan
Contohnya, orang menghisap rokok sebab ketagihan.Jika tidak menghisap sebatang rokok sehari, mereka tidak boleh duduk diam. Jadi,mereka mesti membeli kerana ingin memuaskan ketagihan.
10. Takut
Emosi merupakan perkara yang sangat sensitif.Takut tidak cantik, hilang peminat, rugi, ketinggalan,tua, sakit, rosak, hilang barang, dan berbagai lagi sifat menghantui manusia. Ingat,emosi merupakan perkara yang paling kuat mendorong manusia untuk membeli.




