BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 24, 2011

5 Cara Mengutip Hutang

Adakah anda mengalami masalah untuk menuntut hutang? Dalam pos kali ini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk menuntut hutang dalam jumlah yang banyak.Langkah menuntut hutang yang sesuai mengikut hukum syarak berpandukan buku Jejak Bisnes Rasul ialah:

  1. Melalui panggilan telefon kali pertama
  2. Melalui surat kali pertama
  3. Melalui surat kali kedua
  4. Melalui ejen pengutip hutang yang berdaftar
  5. Melalui tindakan undang-undang mahkamah

7 Amalan Seharian


7 amalan seharian bagi mendapat rezeki yang melimpah :

  1. Baca Surah Yusuf semasa mengandung supaya anak dalam kandungan memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia. Hal ini kerana anak kita akan menjadi orang yang rajin mencari rezeki.
  2. Ajarkan mereka solat ketika mereka masih berumur 7 tahun supaya mereka taat kepada Allah.
  3. Ajar mereka menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.
  4. Didik mereka tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.
  5. Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.
  6. Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisness diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.
  7. Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka pemainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mereka mahu menjadi doktor.

Friday, May 6, 2011

Info Tambahan

Semua orang menggunakan wang tanpa mengira usia baik yang tua ataupun muda. Tetapi adakah anda tahu asal-usul wang yang selalu anda gunakan itu? Oleh itu,kami akan memberikan info tambahan tentang wang kerana selain daripada bijak menggunakan wang, masyarakat juga harus tahu asal-usul wang. 

Wang kertas bank merupakan kertas yang mempunyai nilai muka dan dijanji akan dibayar balik oleh bank yang mengeluarkannya. Wang kertas mula dikeluarkan secara besar-besaran pada awal kurun ke-19.Pada masa itu, setiap bank boleh mengeluarkan wang kertas bank sendiri. Seseorang akan kurang yakin terhadap nilai wang kertas bank yang jauh dari tempatnya. Diandaikan bahawa kos pengangkutan wang adalah tinggi secara relatif, dengan itu, harga wang kertas bank itu berhubungan songsang atau negatif dengan jarak dari institusi yang mengeluarkannya. Oleh itu, wang kertas bank selalunya dijual dengan harga yang lebih murah daripada nilai mukanya di kawasan yang berlainan.

Harga diskaun wang kertas bank lebih murah daripada nilai muka mencerminkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh pembeli dari segi keaslian wang kertas bank yang dipegang itu serta kekukuhan kedudukan kewangan bank yang mengeluarkan wang kertas itu. Sesebuah bank boleh mengeluarkan wang kertas bank dengan kuantiti yang besar dan menggunakan wang kertas ini sebagai pinjaman. Malahan sesetengah bank pula telah menukarkan wang kertas bank untuk mendapatkan aset tertentu. Pengeluaran wang kertas bank yang berlebihan akan menggalakkan kegiatan spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketidakpastian dalam nilai wang kertas itu. Jadi, patutlah wang kertas bank itu dikeluarkan dengan kuantiti yang seimbang untuk mengekalkan atau menstabilkan nilainya.

Fungsi wang kertas bank mula digantikan oleh cek pada akhir kurun ke-19. Ini disebabkan penggunaan cek lebih efisien daripada wang kertas bank dari segi membuat bayaran dengan angka tetentu, risikonya kurang dalam erti kata penghantaran secara pos lebih selamat dan kos pengangkutan antara dua buah kawasan yang jauh adalah lebih rendah. Kami harap maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang wang kertas. ^^

Thursday, May 5, 2011

Tabungan

Kita telah diajar untuk menabung sejak dari kecil lagi.Menabung dan melabur wang anda untuk masa depan adalah salah satu cara yang paling praktikal yang boleh anda lakukan.Ini adalah nasihat umum yang biasa anda dengar,tetapi ketika anda memutuskan untuk menghabiskan wang hasil titik peluh yang diterima itu,anda perlulah membelanjakannya untuk sesuatu yang praktikal, berguna, dan bermanfaat untuk hidup anda.Terdapat ramai orang yang menabung dan akhirnya membazirkan hasil tabungan begitu sahaja dengan membeli barangan yang tidak berguna.Hasil pembelian yang tidak digunakan dinamakan pembaziran.Di sini,kami ingin memaparkan langkah-langkah yang bijak untuk tatapan para pembaca sekalian agar anda dapat menghindarkan diri daripada pembaziran.Apa yang anda perlu lakukan hanyalah duduk selesa dan baca.

Langkah 1
Menaik taraf Benda Yang Anda Selalu Gunakan - Tiada apa yang salah dengan menghabiskan wang membeli benda yang akan anda gunakan setiap hari.Contohnya,jika anda mempunyai hobi untuk menghabiskan setiap malam Sabtu dengan menonton filem dengan keluarga dan kawan-kawan,membeli HDTV bersaiz 65 inci dan Blu-ray Player memang masuk akal.

Langkah 2
Mendidik Diri Sendiri - Guna wang anda untuk membeli buku dan menyertai program pendidikan yang berkaitan dengan kerjaya anda, atau untuk topik lain-lain yang penting dan menarik minat anda.Ingat, pengetahuan adalah kekuatan dan otak anda adalah bekas pengetahuan itu.

Langkah 3 
Melancong Dan Bersantai - Percutian menghidupkan kembali fikiran anda dengan menarik anda keluar dari faktor-faktor stress dalam kehidupan seharian anda.Hal ini dapat merangsang otak anda untuk berfikiran secara kreatif dengan bahan-bahan baru.Akhirnya, bercuti membolehkan anda untuk menjadi diri sendiri tanpa pengaruh luaran hadir di persekitaran khas anda.Adakah wang titik peluh anda nampak berbaloi untuk dihabiskan melalui langkah ini? Ianya bergantung kepada anda.

Wednesday, May 4, 2011

Apa Itu Wang?

Beberapa minggu yg lepas,kami telah menemuramah beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka tentang wang.Terdapat juga orang yang memandang pelik terhadap kami malah tidak kurang juga dengan yang cuba melarikan diri sebaik sahaja kami mendekati mereka.Walaubagaimanapun,berjaya juga kami akhirnya untuk mendekati beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka.Berikut merupakan temu ramah saya tentang pendapat mereka tentang wang :
  • "Wang… wang adalah harta dunia yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Tetapi wang itu penting untuk hidup".  -Muhd Syahrul Nizam 
  • "Wang adalah kertas dan logam yang sangat berharga. Dengan wang, kita boleh beli apa-apa sahaja tetapi kita tidak boleh membeli oksigen, kawan dan kebahagiaan". - Nor Fazlina
  • "Wang.. wang atau didefinisikan sebagai duit merupakan alat pertukaran yang mempunyai nilainya yang tersendiri".- Shaiful Hazwan
  • "Sesetengah orang beranggapan wang sangat penting,tetapi sesetengah beranggapan sebaliknya. Sebenarnya, semua itu begantung kepeda manusia itu sendiri. Kita sudah cukup matang untuk menilainya". -Anis Shahira
  • "Wang amat penting dalam kehidupan.kata-kata seperti wang tidak boleh membeli kebahagiaan adalah tidak tepat kerana kebahagiaan adatang bila ada wang tetap bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya."Money makes world goes around" menunjukkan duit sangat penting demi mengekalkan kehidupan kita sekarang. Saya sukakan wang". -Qurratu Ain