BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 11, 2011

10 Nafsu Semulajadi Manusia Membeli


Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua tentang 10 nafsu semula jadi manusia membeli.Mari kita kaji apa sebenarnya 10 nafsu pembeli:
1. Keperluan
Ini merupakan faktor asas manusia beli sesuatu.Pakaian, makanan, rumah, kereta dan telefon bimbit adalah keperluan yang penting dalam hidup kita seharian.Apabila keperluan ini ditambah "perisa istimewa",ianya akan menambahkan minat pembeli untuk membeli.Sebab itu wujudnya kereta 1.0 dan 1.6 Special Edition. Letak special edition di belakang,pembeli akan berasa bangga apabila membeli kereta tersebut.Limited edition juga merupakan salah satu "perisa" yang membuatkan pembeli bernafsu untuk membeli dan dengan menggunakan nama tersebut harga yang dikenakan akan bertambah.
2. Menang
Ramai orang sentiasa mahukan kemenangan.Adakah anda gembira dipanggil anda seorang “loser”? Manusia pastinya mahu digelar pemenang dan berjaya dalam segala aspek.
Lihat Ebay, Trademe dan laman-laman lelongan lain.Laman ini menggunakan nafsu menang dengan sebaik-baiknya. Kadang-kadang barang yang ingin kita beli itu bukanlah merupakan satu kepentingan tetapi disebabkan ingin bersaing dan menang,kita tetap membida walaupun harganya sudah lari daripada bajet asal.
3. Tamak
Sifat negatif ini adalah semulajadi,ianya dimiliki oleh semua orang.Pengusaha sesuatu produk boleh menggunakan sifat tamak ini apabila menjual produk mereka. Pembeli kadang-kadang membeli lebih daripada yang diperlukan. Tamak wang, harta dan sebagainya dijadikan dorongan untuk membeli.
4. Memajukan Diri
Faktor memajukan diri dalam hidup dan kerjaya juga boleh menjadi pendorong untuk sesuatu pembelian. Orang yang ingin memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi, dan yang ingin melebihi orang lain akan membeli produk-produk yang boleh membantu mereka mencapai matlamat tersebut.
5. Keselesaan
Manusia sentiasa mahukan hidup yang selesa.Keselesaan diri, keluarga dan insan tersayang menjadi pendorong untuk membeli.


6.Kasih Sayang
Insan yang tersayang menjadi faktor yang kuat untuk membeli. Tambahan pula,dengan sifat manusia yang takut kehilangan,ianya boleh membuatkan mereka membeli walaupun di luar kemampuan mereka.
7. Malas
Malas turut menjadi sebab orang membeli. Semua orang mahu kaya, selesa, pandai, cantik dan hebat, tetapi mereka tidak mahu bersusah payah untuk mencapai semua itu. Jika ada peluang atau produk yang boleh membantu mereka mendapatkan semua itu dengan mudah, maka mereka akan pantas membelinya.
8. Komitmen dalam hubungan

Ada orang membeli kerana ingin menjaga hubungan atau mewujudkan hubungan yang lebih baik. Manusia secara lumrahnya memerlukan hubungan yang intim, mesra dan juga berkekalan.Maka,mereka sanggup membeli bagi memastikan ianya berkekalan.
9. Keinginan Dan Ketagihan
Contohnya, orang menghisap rokok sebab ketagihan.Jika tidak menghisap sebatang rokok sehari, mereka tidak boleh duduk diam. Jadi,mereka mesti membeli kerana ingin memuaskan ketagihan.
10. Takut
Emosi merupakan perkara yang sangat sensitif.Takut tidak cantik, hilang peminat, rugi, ketinggalan,tua, sakit, rosak, hilang barang, dan berbagai lagi sifat menghantui manusia. Ingat,emosi merupakan perkara yang paling kuat mendorong manusia untuk membeli.

Thursday, June 9, 2011

Kids And Cash


Saturday, June 4, 2011

Teori Kacang

Teori kacang mempunyai banyak maksud dan aplikasinya.Ianya sesuai diaplikasikan semasa kita mahu menggunakan wang untuk menghasilkan wang serta mengelakkan kerugian.Contoh yang paling mudah ialah apabila kita membeli kereta dengan harga 10 kacang.Apabila kita mahu menjualnya semula,harga nilai kereta ini merosot dan katakanlah ianya dijual semula dengan harga 5 kacang,Ini kerana kereta kehilangan nilai dari masa ke semasa.Maka,kita akan kerugian sebanyak 5 kacang.Cuba kalau kita membeli rumah lama dengan harga 8 kacang dan membaiki serta membaik pulih rumah tersebut dengan harga 2 kacang.Rumah tersebut sebaliknya akan meningkat nilainya mengikut masa.Apabila kita menyewakannya semula katakanlah dengan harga 1 kacang sebulan.Maka setiap bulan kita akan memperoleh pendapatan sampingan sebanyak 1 kacang dan selama setahun kita akan mendapat 12 kacang. Keuntungan yang diperolehi meningkat mengikut masa.

Contoh tersebut adalah salah satu contoh daripada beribu contoh berkenaan teori kacang.Jika kita melaburkan kacang untuk sesuatu yang menghasilkan lebih banyak kacang,maka ianya dapat memperbaiki masalah kewangan anda.Teori kacang bukan berkenaan duit sahaja,ianya boleh berkenaan masa dan tenaga.Kacang digantikan dengan nilai sesuatu duit,masa atau tenaga supaya ianya senang untuk diteliti dan dianalisa.Sebelum kita menghabiskan kacang kenapa tidak kita berfikir " Adakah kacang ini akan menghasilkan kacang yang lebih banyak? "


Tuesday, May 24, 2011

5 Cara Mengutip Hutang

Adakah anda mengalami masalah untuk menuntut hutang? Dalam pos kali ini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk menuntut hutang dalam jumlah yang banyak.Langkah menuntut hutang yang sesuai mengikut hukum syarak berpandukan buku Jejak Bisnes Rasul ialah:

  1. Melalui panggilan telefon kali pertama
  2. Melalui surat kali pertama
  3. Melalui surat kali kedua
  4. Melalui ejen pengutip hutang yang berdaftar
  5. Melalui tindakan undang-undang mahkamah

7 Amalan Seharian


7 amalan seharian bagi mendapat rezeki yang melimpah :

  1. Baca Surah Yusuf semasa mengandung supaya anak dalam kandungan memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia. Hal ini kerana anak kita akan menjadi orang yang rajin mencari rezeki.
  2. Ajarkan mereka solat ketika mereka masih berumur 7 tahun supaya mereka taat kepada Allah.
  3. Ajar mereka menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.
  4. Didik mereka tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.
  5. Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.
  6. Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisness diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.
  7. Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka pemainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mereka mahu menjadi doktor.

Friday, May 6, 2011

Info Tambahan

Semua orang menggunakan wang tanpa mengira usia baik yang tua ataupun muda. Tetapi adakah anda tahu asal-usul wang yang selalu anda gunakan itu? Oleh itu,kami akan memberikan info tambahan tentang wang kerana selain daripada bijak menggunakan wang, masyarakat juga harus tahu asal-usul wang. 

Wang kertas bank merupakan kertas yang mempunyai nilai muka dan dijanji akan dibayar balik oleh bank yang mengeluarkannya. Wang kertas mula dikeluarkan secara besar-besaran pada awal kurun ke-19.Pada masa itu, setiap bank boleh mengeluarkan wang kertas bank sendiri. Seseorang akan kurang yakin terhadap nilai wang kertas bank yang jauh dari tempatnya. Diandaikan bahawa kos pengangkutan wang adalah tinggi secara relatif, dengan itu, harga wang kertas bank itu berhubungan songsang atau negatif dengan jarak dari institusi yang mengeluarkannya. Oleh itu, wang kertas bank selalunya dijual dengan harga yang lebih murah daripada nilai mukanya di kawasan yang berlainan.

Harga diskaun wang kertas bank lebih murah daripada nilai muka mencerminkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh pembeli dari segi keaslian wang kertas bank yang dipegang itu serta kekukuhan kedudukan kewangan bank yang mengeluarkan wang kertas itu. Sesebuah bank boleh mengeluarkan wang kertas bank dengan kuantiti yang besar dan menggunakan wang kertas ini sebagai pinjaman. Malahan sesetengah bank pula telah menukarkan wang kertas bank untuk mendapatkan aset tertentu. Pengeluaran wang kertas bank yang berlebihan akan menggalakkan kegiatan spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketidakpastian dalam nilai wang kertas itu. Jadi, patutlah wang kertas bank itu dikeluarkan dengan kuantiti yang seimbang untuk mengekalkan atau menstabilkan nilainya.

Fungsi wang kertas bank mula digantikan oleh cek pada akhir kurun ke-19. Ini disebabkan penggunaan cek lebih efisien daripada wang kertas bank dari segi membuat bayaran dengan angka tetentu, risikonya kurang dalam erti kata penghantaran secara pos lebih selamat dan kos pengangkutan antara dua buah kawasan yang jauh adalah lebih rendah. Kami harap maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang wang kertas. ^^

Thursday, May 5, 2011

Tabungan

Kita telah diajar untuk menabung sejak dari kecil lagi.Menabung dan melabur wang anda untuk masa depan adalah salah satu cara yang paling praktikal yang boleh anda lakukan.Ini adalah nasihat umum yang biasa anda dengar,tetapi ketika anda memutuskan untuk menghabiskan wang hasil titik peluh yang diterima itu,anda perlulah membelanjakannya untuk sesuatu yang praktikal, berguna, dan bermanfaat untuk hidup anda.Terdapat ramai orang yang menabung dan akhirnya membazirkan hasil tabungan begitu sahaja dengan membeli barangan yang tidak berguna.Hasil pembelian yang tidak digunakan dinamakan pembaziran.Di sini,kami ingin memaparkan langkah-langkah yang bijak untuk tatapan para pembaca sekalian agar anda dapat menghindarkan diri daripada pembaziran.Apa yang anda perlu lakukan hanyalah duduk selesa dan baca.

Langkah 1
Menaik taraf Benda Yang Anda Selalu Gunakan - Tiada apa yang salah dengan menghabiskan wang membeli benda yang akan anda gunakan setiap hari.Contohnya,jika anda mempunyai hobi untuk menghabiskan setiap malam Sabtu dengan menonton filem dengan keluarga dan kawan-kawan,membeli HDTV bersaiz 65 inci dan Blu-ray Player memang masuk akal.

Langkah 2
Mendidik Diri Sendiri - Guna wang anda untuk membeli buku dan menyertai program pendidikan yang berkaitan dengan kerjaya anda, atau untuk topik lain-lain yang penting dan menarik minat anda.Ingat, pengetahuan adalah kekuatan dan otak anda adalah bekas pengetahuan itu.

Langkah 3 
Melancong Dan Bersantai - Percutian menghidupkan kembali fikiran anda dengan menarik anda keluar dari faktor-faktor stress dalam kehidupan seharian anda.Hal ini dapat merangsang otak anda untuk berfikiran secara kreatif dengan bahan-bahan baru.Akhirnya, bercuti membolehkan anda untuk menjadi diri sendiri tanpa pengaruh luaran hadir di persekitaran khas anda.Adakah wang titik peluh anda nampak berbaloi untuk dihabiskan melalui langkah ini? Ianya bergantung kepada anda.

Wednesday, May 4, 2011

Apa Itu Wang?

Beberapa minggu yg lepas,kami telah menemuramah beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka tentang wang.Terdapat juga orang yang memandang pelik terhadap kami malah tidak kurang juga dengan yang cuba melarikan diri sebaik sahaja kami mendekati mereka.Walaubagaimanapun,berjaya juga kami akhirnya untuk mendekati beberapa orang pelajar untuk menanyakan pendapat mereka.Berikut merupakan temu ramah saya tentang pendapat mereka tentang wang :
  • "Wang… wang adalah harta dunia yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Tetapi wang itu penting untuk hidup".  -Muhd Syahrul Nizam 
  • "Wang adalah kertas dan logam yang sangat berharga. Dengan wang, kita boleh beli apa-apa sahaja tetapi kita tidak boleh membeli oksigen, kawan dan kebahagiaan". - Nor Fazlina
  • "Wang.. wang atau didefinisikan sebagai duit merupakan alat pertukaran yang mempunyai nilainya yang tersendiri".- Shaiful Hazwan
  • "Sesetengah orang beranggapan wang sangat penting,tetapi sesetengah beranggapan sebaliknya. Sebenarnya, semua itu begantung kepeda manusia itu sendiri. Kita sudah cukup matang untuk menilainya". -Anis Shahira
  • "Wang amat penting dalam kehidupan.kata-kata seperti wang tidak boleh membeli kebahagiaan adalah tidak tepat kerana kebahagiaan adatang bila ada wang tetap bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya."Money makes world goes around" menunjukkan duit sangat penting demi mengekalkan kehidupan kita sekarang. Saya sukakan wang". -Qurratu Ain

Friday, February 25, 2011

Intro

Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang wang. Generasi muda zaman sekarang tidak pandai menggunakan wang yang ada, selalu bersikap boros, tidak suka berjimat serta tiada rancangan perbelanjaan peribadi.Jadi kami berharap agar semua pembaca dapat memanfaatkan blog ini untuk kebaikan diri sendiri. ^^